Santau dapat di halang
dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.
>>> Kita Disogok dengan fakta palsu.<<<
Ambil garam lebih kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) berbalik kembali dengan cara hidup
Nabi ya.
~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis
makanan yang akan di makan.
~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih
di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan
santau.
MENGAPA??
Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam
darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.
~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu
tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang
tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh
garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu,
baru letak garam.
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat. Bubuh garam masa nak
makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih.
Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab
tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah
Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan
dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim
penghadaman.
Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu
perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam
digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh
dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang
yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi
mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat
sakit ketika garam masih panas.
4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur
madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada
kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di
sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke
Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum
sebagai ubatnya.
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu
tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang
dicampur garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah
sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat
al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis
waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi
masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan
di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati
(disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca
al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila
diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.
Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi
dari pergunungan Himalaya serta garam laut.
- Ramai yang terkeliru dengan
jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang
mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral.
- Dalam
bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida.
- Garam menambah perisa kepada makanan
dan sebagai bahan pengawet.
- Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh
dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau
garam putih datang dari alam semulajadi.
- Kaedah pemprosesan selepas itu
menjadikan garam-garam ini berbeza.
- Garam putih berasal dari lautan atau batu
dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan.
Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih.
- Garam putih boleh
didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi,
ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh
manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini
untuk masakan.
- Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak
seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari
lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk
mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.
- Garam
bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah
kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu
digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah 100% asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang
terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh
tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh
jenis mineral lain.
- Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari
pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik.
- Garam bukit asli
ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di
sini terdapat banyak pencemaran. Terdapat satu senario jenis garam yang
terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang
peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa.
Agak melucukan ia dikatakan adalah garam asli.
- Sebenarnya ia bukan jenis yang
berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu
strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada
dari lautan atau gunung.
- Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan
mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'.
Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya
tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara
keterlaluan.
Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk
menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan
informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.
~Wallahua'lam~
Sekadar perkongsian Bersama,
Team Qaseh Gold Borneo
Kredit to Sahabat Qasehku : TINI, Sabah